KOTA KINABALU: Parti Maju Sabah (SAPP) bakal menampilkan tiga muka baharu daripada enam calon parti itu yang dipersetujui untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17.
Wajah baharu yang pertama kali bertanding ialah Yong Yit Jee untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Likas, Henley Liew Yun Ye (Tanjung Papat) dan Yvonne Yong Yit Phung (Segama).
Setiausaha Agung SAPP, Datuk Richard Yong We Kong, berkata, , calon lain turut dipersetujui mewakili SAPP ialah Gee Tien Siong untuk kerusi Luyang,
Datuk Edward Dagul bertanding di Limbahau manakala Datuk Japiril Suhaimi di Kundasang.
” Majlis Tertinggi SAPP dalam mesyuarat ke-233 petang tadi sebulat suara meluluskan calon parti untuk bertanding pada PRN Sabah.
“Keputusan itu mencerminkan budaya disiplin serta organisasi yang baik, parti ini menjadi parti politik pertama yang mengumumkan calon,” katanya. -UTUSAN










