PRN Sabah: Pandikar dicabar Fairuz Renddan

PRN Sabah: Pandikar dicabar Fairuz Renddan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Presiden Usno, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang mewakili Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berdepan saingan 11 penjuru DUN Pintasan termasuk dicabar Ketua Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah, Datuk Fairuz Renddan.

Pada PRN lalu, Fairuz menewaskan Pandikar dengan majoriti tipis hanya 84 undi.

Beliau dijangka dipecat daripada Gagasan Rakyat, komponen utama GRS kerana parti itu telah menetapkan mana-mana ahli bertanding sebagai calon bebas akan dipecat serta-merta.

Calon lain turut bertanding ialah Tadzul Radim (Barisan Nasional), Awang Salleh Makmud (Perikatan Nasional), Abdullah Otong (Warisan), Raplin Samat (Parti Solidariti Tanah Airku) dan Almudin Kaida (Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat).

Turut bertanding Lomog Rudin @ Efejus Rudin (Parti Impian Sabah), serta tiga calon bebas: Rizal Saiman, Tajuddin Padis dan Syarif Shukree Danchingan. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN