KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merekodkan kehadiran seramai 92.5 peratus atau 17,615 orang pengundi awal membabitkan anggota tentera, polis dan pasangan masing-masing, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 hari ini. Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Khairul Shahril Idrus berkata, pengundian awal yang bermula seawal 8 pagi itu melibatkan 58 pusat mengundi awal di seluruh Sabah, sebelum ditutup sepenuhnya pada pukul 5 petang. “Seramai 8,347 orang anggota tentera…










