5 penjuru dijangka di Sulaman

PRN Sabah: 5 penjuru dijangka di Sulaman

ANTARA penyokong yang hadir penamaan calon kawasan Tuaran di perkarangan Dewan Seri Sulaman.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUARAN: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dijangka berdepan empat penjuru di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang bermula hari ini.

Tumpuan turut terarah kepada kerusi DUN itu yang dijangka menjadi antara kerusi paling panas di kawasan ini susulan Hajiji selaku Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang kembali mempertahankan kawasan tersebut.

Beliau dijangka berdepan calon daripada Barisan Nasional (BN) dan Parti Warisan Sabah (Warisan) serta calon lain.

Terdahulu, lebih 500 penyokong daripada pelbagai parti politik mula berhimpun seawal 6.30 pagi di perkarangan Dewan Seri Sulaman, pagi ini bagi memeriahkan suasana menjelang proses penamaan calon yang dijadual bermula pada pukul 9 pagi.

Dewan berkenaan menjadi pusat penamaan calon bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman, DUN Pantai Dalit, DUN Tamparuli dan DUN Kiulu, sekali gus menarik kehadiran besar penyokong yang ingin memberikan sokongan moral kepada calon masing-masing.

Sebahagian penyokong dilihat hadir lengkap dengan memakai baju bendera parti, sepanduk dan laungan sorakan, menjadikan suasana pagi di Tuaran begitu rancak walaupun masih awal. 

Kehadiran mereka juga menunjukkan semangat tinggi menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 yang semakin bahang.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN