KOTA KINABALU: Datuk Ewon Benedick merupakan antara 25 calon mewakili Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.
Menurut Ewon, beliau memimpin calon-calon UPKO ini untuk memperjuangkan manifesto dan agenda ‘Sabah First’ sepertimana dalam Perjanjian Malaysia 1963 dan hak-hak Sabah dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Saya juga akan memimpin calon-calon UPKO ini menawarkan kepimpinan berprinsip dengan tanda aras serta petunjuk prestasi kepada setiap mereka agar sentiasa melakukan yang terbaik untuk rakyat Sabah.
“Saya juga akan memimpin calon-calon ini untuk memperjuangkan pelaksanaan hak 40 peratus Sabah.
“Ini kerana dengan pembayaran semula hasil kita tersebut, kita boleh gunakan untuk membangunkan infastruktur dan ameniti, membangunkan ekonomi dan keusahawanan, membasmi kemiskinan dan mensejahterakan rakyat Sabah dengan lebih berkesan,” katanya dalam kenyataan hari ini. – UTUSAN
Berikut adalah senarai 25 calon UPKO:
- N.02 Bengkoka – Junsim Rumunzang
- N.06 Bandau – Suzie Salapa
- N.07 Tandek – Jamil M. Zakariah @ Majingkin
- N.11 Kadamaian – Ewon Benedick
- N.14 Tamparuli – Madius Tangau
- N.15 Kiulu – Joisin Romut
- N.18 Inanam – Wong Thien Fook
- N.22 Tanjung Aru – Denninson R. Indang
- N.23 Petagas – Lee Nyuk Soon @ Jason Lee
- N.24 Tanjung Keramat – Rosday Wasli
- N.25 Kapayan – Billy Joe Dominic
- N.26 Moyog – Donald Peter Mojuntin
- N.27 Limbahau – Nelson W. Angang
- N.31 Membakut – Rowindy Lawrence Odong
- N.36 Kundasang – Rogers Tiam @ Aloysius
- N.37 Karanaan – Georgina L. George
- N.40 Bingkor – Kennedy Jie John @ Kenn
- N.41 Liawan – Wilson Gan Poi Tze
- N.42 Melalap – Junik Bajit
- N.44 Tulid – Mohd Khairil Abdullah
- N.46 Nabawan – Juniilin @ Jubiliin Kilan
- N.47 Telupid – Felix Joseph Sitin
- N.49 Labuk – Norfadzlina Ramsah
- N.50 Gum-Gum – Peter Jr Naintin
- N.57 Kuamut – Mohina Sidom @ Mohina Ronnie Sidom










