PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih menunggu maklumat berhubung penahanan lelaki warga Malaysia oleh pihak berkuasa Thailand selepas disyaki menyamar sebagai pegawai kerajaan untuk menipu dan memperoleh wang tunai melebihi RM426,000 atau 3.3 juta baht. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, pihaknya sedia berkongsi maklumat bagi siasatan lanjut dijalankan. “Belum dapat maklum balas mengenai perkara ini,” katanya ringkas ketika dihubungi di sini…










