Polis buka 53 kertas siasatan PRN Sabah

Polis buka 53 kertas siasatan PRN Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Polis Sabah telah membuka 53 kertas siasatan selepas menerima 85 laporan sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang bermula 15 November lalu.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, antara kesalahan, termasuk beberapa kes salah guna media sosial dan kes perbuatan khianat, terutama vandalisme membabitkan poster, bendera serta bahan kempen lain. 

Katanya, sebanyak 7,288 permit kempen telah dikeluarkan setakat kini kepada semua petugas kempen pilihan raya 

“Antara kesalahan, termasuk beberapa kes salah guna media sosial dan kes perbuatan khianat, terutama vandalisme membabitkan poster, bendera serta bahan kempen lain. 

“Aduan-aduan ini merangkumi sebahagian besar laporan yang diterima,” katanya kepada media selepas mengundi awal di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, di sini hari ini.

Katanya, lebih 12,000 anggota polis akan dikerahkan di seluruh Sabah pada hari pengundian pada Sabtu ini.

“Segala persiapan telah dilakukan sebaik mungkin. Kami telah mengadakan perbincangan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan semua agensi terbabit dalam pengurusan pilihan raya ini bagi memastikan semuanya berjalan lancar.

“Dari pihak polis, kami bersedia sepenuhnya untuk memberikan perkhidmatan, khususnya dari segi keselamatan dan ketenteraman awam,” katanya.

Beliau turut menasihatkan semua pegawai dan anggota terbabit dalam pengundian awal supaya ke lokasi pengundian masing-masing seawal mungkin.

“Buat masa ini, cuaca masih baik, jadi kami galakkan mereka hadir awal untuk menunaikan tanggungjawab. Walaupun khemah disediakan, hujan nanti boleh menimbulkan ketidakselesaan kepada pengundi,” katanya.

Setakat 10 pagi tadi, peratusan keluar mengundi awal pada 46.9 peratus dan seramai 24,426 pengundi awal dijangka menunaikan tanggungjawab masing-masing hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN