PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat maju jaya kepada lebih 400,000 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 yang mula menduduki peperiksaan itu hari ini. Beliau turut menitipkan pesanan agar calon-calon kekal tenang dan yakin dengan usaha yang telah dilakukan sepanjang tempoh pembelajaran serta persediaan menghadapi peperiksaan penting itu. “Inilah saat untuk menterjemahkan segala usaha, pengorbanan, setiap malam tanpa lena dan tiap doa yang tidak pernah putus…










