KUALA LUMPUR: Kerajaan menekankan bahawa aktiviti perlombongan unsur nadir bumi (REE) hanya boleh dijalankan dengan persetujuan kerajaan negeri yang mempunyai hak ke atas tanah terlibat. Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, bagaimanapun manfaat ekonomi sebenar yang diperoleh kerajaan negeri menerusi perlombongan itu masih terhad dengan penggunaan kepakaran luar. Katanya, pembangunan REE perlu dibangunkan melalui rantaian nilai tempatan supaya kerajaan negeri mendapat manfaat ekonomi sepenuhnya.…










