Pengawal keselamatan warga asing mengaku salah liwat ‘oyen’ - Utusan Malaysia

Pengawal keselamatan warga asing mengaku salah liwat ‘oyen’

Seksa kucing
ARMAN Shah dibawa polis meninggalkan kamar Mahkamah Sesyen selepas mendengar pertuduhan ke atasnya, di Shah Alam, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seorang lelaki warga Nepal dituduh di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini akibat bertindak kejam menyeksa seekor kucing pada Sabtu lalu.

Tertuduh, Arman Shah mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut selepas pertuduhan dibacakan ke atasnya dalam bahasa kebangsaan.

Bagaimanapun, Hakim Fatimah Zahari menetapkan 8 Disember depan bagi menjatuhkan hukuman.

Mengikut pertuduhan, lelaki berusia 33 tahun itu dituduh dengan kejam mendera seekor kucing dekat tingkat empat sebuah pangsapuri di Kota Kemuning, pada 15 November lalu kira-kira pukul 12.30 tengah malam.

Justeru, dia dituduh di bawah Seksyen 29(1)(a) Akta Kebajikan Haiwan 2015 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 29(1) akta sama iaitu denda RM20,000 hingga RM100,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Selain itu, pengawal keselamatan itu turut mengaku salah di Mahkamah Majistret atas pertuduhan mengaibkan kehormatan iaitu berpakaian separuh bogel ketika kejadian serta didapati masuk ke negara ini tanpa dokumen yang sah.

Justeru, Arman dituduh di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Seksyen 509 memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali sementara sabit kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) pula, tertuduh juga boleh dipenjara sehingga lima tahun, denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya.

Majistret Wan Noora Nisa Ngadirin menetapkan hukuman penjara tiga bulan atas kesalahan masuk ke negara tanpa dokumen yang sah dan tambahan satu bulan lagi bagi kesalahan mengaibkan kehormatan.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Amir Saifullah Mohammad Salehuddin dan Muhammad Aiman Ariz Zainal Alam, sementara tertuduh tidak diwakili peguam.

Ahad lalu, Mingguan Malaysia melaporkan seorang warga Nepal ditahan selepas disyaki meliwat dan melempar seekor kucing di sebuah pangsapuri di Kota Kemuning di sini, semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Ramsay Anak Embol berkata, pihaknya menerima aduan daripada pasangan suami isteri yang mendapati lelaki terbabit sedang meliwat seekor kucing tanpa seurat benang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN