KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki dipercayai menanam pokok ganja di kediaman sewanya di Bangsar di sini selepas belajar dari platform video dalam talian. Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Hoo Chang Hook berkata, serbuan kira-kira pukul 11.30 malam dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur di unit kondominium terbabit. Menurutnya, pemeriksaan turut menemukan dua pokok disyaki ganja dan tumbuhan kering disyaki jenis ganja seberat 27 gram dengan nilai…










