15 lagi ahli Kapten Praba masih diburu

15 lagi ahli Kapten Praba masih diburu

MOHD. Khalid Ismail sewaktu berucap dalam sidang akhbar di Bukit Aman di sini hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seramai 15 individu lagi individu dipercayai mempunyai kaitan dengan ahli kumpulan penjenayah Kapten Praba masih diburu polis.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Khalid Ismail, berkata pihaknya sudah mengenal pasti beberapa individu terlibat dan siasatan sedang diperhebat dengan bantuan serta kerjasama negara-negara sahabat.

Katanya, sebelum ini tangkapan sudah dibuat sebelum ini namun ada lagi individu yang berkaitan dikesan.

“Kita juga mendapat bantuan daripada negara-negara sahabat dan siasatan masih diteruskan bagi kes-kes berkaitan.

“Alhamdulillah, hasil yang kita peroleh setakat ini semakin baik dan kita kini memburu 15 individu yang dipercayai terlibat,” katanya pada sidang akbar di Bukit Aman, di sini hari ini.

Sebelum ini, tiga penjenayah yang ditahan di Mumbai, India baru-baru ini dituduh di Mahkamah Sesyen Sepang sebaik tiba negara ini kerana terbabit dalam kegiatan jenayah terancang.

Mereka bertindak sedemikian selepas diusir dari United Kingdom (UK) apabila pegawai imigresen di Lapangan Terbang Manchester, yang sudah dimaklumkan mengenai status tiga lelaki itu sebagai ‘penjenayah berprofil tinggi’, menolak kemasukan mereka.

Susulan itu, seorang lagi ahli ‘Kapten Praba’ yang dipercayai berhasrat menjadikan Thailand sebagai lokasi persembunyian gagal apabila ditahan pihak berkuasa.

Difahamkan, suspek yang menaiki penerbangan dari India ke Thailand itu ditahan dengan kerjasama pihak Interpol ketika mahu memasuki negara berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN