PORT DICKSON: Khazanah marin seperti batu karang dan ikan hiasan di perairan Pantai Tanjung Biru hingga ke Tanjung Tuan di sini, diancam kegiatan pencurian. Aktivis pemuliharaan marin, Noor Fadzli Shah, 46, berkata, antara hidupan laut yang menjadi sasaran pihak tidak bertanggungjawab itu termasuklah ikan karang seperti clownfish (ikan nemo) yang popular dijadikan sebagai ikan hiasan. Katanya, kegiatan itu bukan baharu, namun dakwanya semakin berleluasa kebelakangan ini. “Ia bukan perkara baharu.…










