Pemandu traktor maut terjatuh daripada jentera

Pemandu traktor maut terjatuh daripada jentera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALING: Seorang lelaki maut dipercayai terjatuh daripada traktor dikendalinya semasa melakukan kerja-kerja di sebuah kebun di Kampung Bukit Rawa, Sedim di Malau, petang semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Baling, Deputi Superintenden Ahmad Salimi Md. Ali berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 4 petang dengan mangsa berusia 28 tahun ditemui terbaring dan muka berlumuran darah. 

“Hasil siasatan di tempat kejadian mendapati mangsa telah pergi ke kawasan kebun terbabit bersama seorang lagi lelaki iaitu penjaga kebun bagi melakukan kerja-kerja di situ.

“Siasatan juga dapati mangsa telah terjatuh daripada traktor dan telah tidak sedarkan diri serta terdapat kesan cedera pada mukanya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, mangsa disahkan telah meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Baling untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca kematian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN