KANGAR: Kamera litar tertutup (CCTV) dipasang di kawasan sempadan berpagar sebagai salah satu langkah pemantauan dan penguatkuasaan khususnya mengekang penyeludupan migran. Ketua Polis negeri, Datuk Muhammad Abdul Halim berkata, kajian secara berterusan juga sentiasa dijalankan bagi mengenal pasti modus operandi terkini sindiket penyeludupan yang berubah-ubah. Katanya, polis melalui Jabatan Siasatan Jenayah (D3) Bukit Aman dan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis turut bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa lain…










