PETALING JAYA: Berbaki seminggu hari penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, hujung minggu seluruh Sabah khususnya Kota Kinabalu sibuk dengan kehadiran para pemimpin politik termasuk dari Pusat yang tiba untuk memuktamadkan nama calon bakal bertanding. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) tiba ke Kota Kinabalu lewat petang semalam dan jadual padatnya disusuli pertemuan bersama kepimpinan PKR. Beliau kemudian mengumumkan calon PKR PRN Sabah…










