KUALA LUMPUR: Rasional keputusan Kerajaan Persekutuan untuk tidak memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu berhubung Pemberian Khas 40 peratus hasil kepada Sabah antara fokus pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat yang disiarkan di laman rasmi Parlimen, Datuk Mohd. Shahar Abdullah (BN–Paya Besar) meminta penjelasan daripada Perdana Menteri mengenai keputusan tersebut serta implikasinya dalam sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri. Pada sesi sama, Syed Ibrahim Syed Noh…








