PARLIMEN: Naikkan geran rukun tetangga kepada RM12,000

PARLIMEN: Naikkan geran rukun tetangga kepada RM12,000

SYAHREDZAN JOHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Perpaduan Negara digesa menaikkan kadar geran kawasan rukun tetangga (KRT) yang cemerlang kepada RM10,000 hingga RM12,000 setahun kerana nilai sedia ada tidak mencukupi.

Syahredzan Johan (PH-Bangi) berkata, sesebuah KRT memerlukan dana melebihi jumlah peruntukan yang diterima ketika ini bagi melaksanakan program yang telah dirancang,

“Walaupun sebenarnya RM10,000 itu masih jumlah yang bukan besar tetapi ia setidak-tidaknya memberi tambahan sebanyak RM4,000 kepada KRT yang cemerlang.

“Saya cadangkan juga kementerian sediakan geran yang dibuka untuk permohonan KRT bagi membiayai cadangan program yang memberi impak sosial dan memacu pembangunan masyarakat,” katanya ketika sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2026 peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat hari ini.

Sementara itu, Datuk Dr. Richard Rapu (GPS-Betong) pula mencadangkan geran KRT dinaikkan dua kali ganda kepada RM12,000 setahun.

“Hanya RM6,000 setahun (peruntukan diterima ketika ini), kalau dibahagi 12 bulan bermakna hanya RM500 sebulan untuk menguruskan program perpaduan, aktiviti sosial, keselamatan komuniti dan penglibatan belia.

“Betong, saya nak tanya, adakah kerajaan benar-benar mahu memperkukuh perpaduan atau sekadar cukup syarat laporan tahunan jabatan?

“Kalau kerajaan serius, tambahlah geran KRT sekurang-kurangnya dua kali ganda baru kita boleh bercakap tentang program bermakna dan berimpak,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN