KUALA LUMPUR: Disiplin fiskal dan pengurusan ekonomi negara yang teratur mendorong Ringgit Malaysia (RM) merekodkan prestasi terbaik di seluruh Asia. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pengukuhan RM berbanding Dollar Amerika Syarikat (AS$) amat menyakinkan dengan peningkatan sebanyak 8.2 peratus sehingga 14 November lalu. “Kalau daripada segi domestik, tentunya kerana dasar yang dilaksanakan sejak awal termasuk penyasaran subsidi. Sebelum ini, penggunaan dana untuk memberi subsidi tidak memberi faedah langsung…









