Ringgit mengukuh, Anwar ucap Alhamdulillah

Ringgit mengukuh, Anwar ucap Alhamdulillah

ANWAR Ibrahim berucap pada Majlis Peluncuran Sambutan 120 Tahun Jabatan Audit Negara di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut baik pengukuhan nilai Ringgit melepasi paras RM4.00, sekali gus mencatatkan paras tertinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada pukul 9 pagi hari ini.

Ketika ditanya pemberita selepas menghadiri Majlis Peluncuran Sambutan 120 Tahun Jabatan Audit Negara, di sini, Perdana Menteri hanya mengucapkan ‘Alhamdulillah’.

“Alhamdulillah, okey,” katanya ringkas.

Ringgit dibuka lebih kukuh berbanding dolar AS hari ini, berada hampir pada paras tertinggi dalam tempoh lebih tujuh tahun berikutan kesediaan mengambil risiko yang meningkat selepas keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) dan indeks dolar AS yang rendah.

Ringgit melepasi paras RM4.00, sekali gus mencatatkan paras tertinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada pukul 9 pagi Isnin.

Mata wang tempatan dibuka tinggi berbanding dolar AS pada 3.9750/3.9800 berbanding penutup 4.0020/4.0080 pada Jumaat lalu.

Ringgit kali terakhir diniagakan pada paras yang sama adalah pada 24 Mei 2018 apabila ia mencecah RM3.9797 berbanding dolar AS.

Sebelum ini Utusan Malaysia melaporkan, ringgit dijangka didagangkan di bawah paras RM4 berbanding dolar AS buat kali pertama dalam tempoh hampir lapan tahun, minggu ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN