KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) memberi keutamaan kepada pelaksanaan langkah intervensi berbanding pemindahan sekolah yang terletak di kawasan berisiko banjir bagi memastikan akses pendidikan murid tidak terjejas. Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, sebelum sebarang keputusan dibuat untuk memindahkan sekolah, kementerian perlu menilai pelbagai faktor termasuk kemudahan pembelajaran bagi pelajar yang tinggal berhampiran kawasan berkenaan. “Sekiranya ada sekolah yang mana kadar pendaftarannya tinggi dan mungkin terjejas dengan isu berkenaan…









