KUALA LUMPUR: Sebanyak 2,623 kedai Coop Mart kini aktif beroperasi di seluruh negara, dengan kategori sekolah menjadi penyumbang terbesar iaitu 1,807 outlet, diikuti kategori dewasa sebanyak 652 outlet. Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan berkata, selebihnya terdiri daripada 120 outlet di institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/IPTS), 39 outlet di bawah D’Mart (Koperasi Permodalan Felda) serta lima outlet ANGKASA Mart. Bagi kawasan Parlimen Sungai Besar,…










