LUMUT: Sepanjang kira-kira 300 meter Pantai Teluk Batik di sini mengalami hakisan teruk akibat dibadai ombak besar sejak Ahad lalu. Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, hakisan menyebabkan kerosakan kepada kawasan pantai, ikon menara api dan kejadian pokok tumbang. Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung (MPM), Muhammad Faizal Shah Safian berkata, kerosakan pantai yang berlaku disifatkan serius dan kali pertama berlaku. Katanya, ombak besar membadai kawasan itu pada petang Ahad lalu dan hujan…










