SHAH ALAM: Penduduk di negeri ini khususnya di kawasan terdedah dengan banjir boleh mengakses maklumat berkenaan perkembangan kemajuan projek tebatan bencana itu. Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Datuk Izham Hashim berkata, akses maklumat tersebut dibuat menerusi penyediaan papan pemantauan yang disediakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor. Menurutnya, papan pemantauan tersebut dijangka boleh disiapkan selewat-lewatnya enam bulan sebelum orang ramai boleh mengetahui perkembangan projek…









