PETALING JAYA: Bank Negara Malaysia (BNM) membuat keputusan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus dalam mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) terakhir tahun ini, semalam. Ini merupakan kali ketiga berturut-turut bank pusat mengekalkan kadar tersebut sejak Julai lalu, selaras dengan unjuran pasaran. BNM berkata, penunjuk terkini menunjukkan pengembangan yang berterusan dalam pertumbuhan global. “Pada tahap OPR semasa, MPC berpendapat pendirian dasar monetari adalah wajar dan memberikan sokongan terhadap ekonomi…










