ISKANDAR PUTERI: Suasana sesi penggulungan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Kota Iskandar di sini, hari ini sedikit beremosi apabila Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi hampir menitiskan air mata pada penghujung ucapannya. Onn Hafiz mulai sebak apabila menyentuh soal amanah yang bakal dipertanggungjawabkan di hadapan Allah kelak. Beliau memohon maaf kepada semua pegawai kanan kerajaan yang mungkin tersinggung, terluka atau terasa hati dengan tutur kata dan tindakannya sepanjang…










