KUALA LUMPUR: Aplikasi MyGOV Malaysia menggunakan MyDigital ID adalah selamat dan mematuhi piawaian keselamatan bertaraf antarabangsa. Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata, aplikasi itu dibangunkan dengan penekanan utama terhadap keselamatan data rakyat termasuk ujian keselamatan, pematuhan standard perlindungan data, penilaian risiko dan audit sistem sebelum diaktifkan. Katanya, penggunaan Application Programming Interface (API) memastikan data peribadi rakyat kekal di sistem agensi masing-masing tanpa disalin atau disimpan ke dalam aplikasi. “Satu perkara…










