KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini membenarkan permohonan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mendapatkan pasportnya bagi menjalani pemeriksaan kesihatan tahunan di London. Bagaimanapun, Hakim Noor Ruwena Noordin menolak permohonan Muhyiddin untuk transit selama enam hari di Dubai dengan alasan tiada keperluan munasabah berhenti di negara itu dalam tempoh lama. “Berdasarkan afidavit sokongan, saya tidak melihat sebarang justifikasi untuk (Muhyiddin) transit selama lima hingga enam hari…










