PETALING JAYA: Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) mengesahkan tidak bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah. Jawatankuasa Eksekutif Negeri (JKEN) MUDA Sabah berkata, parti itu membuat ketetapan kekal berkecuali daripada menyatakan sokongan kepada mana-mana parti yang akan bertanding, sama ada parti tempatan mahupun parti nasional. “Muda Sabah mengucapkan selamat bertanding kepada semua calon dan berharap agar gelanggang demokrasi ini diraikan dengan adil dan jujur. “Setiap undi amat bermakna dalam menentukan…










