Melaka perlu kajian cadangan PRN Melaka dijalankan serentak PRU16

Melaka perlu kajian cadangan PRN Melaka dijalankan serentak PRU16

AB. RAUF Yusoh mengadakan sidang akhbar selepas merasmikan Projek Menaiktaraf Persimpangan Tiga dari Jalan Alor Gajah Lama ke Pantai Belimbing, Durian Tunggal, hari ini. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kerajaan negeri perlu membuat kajian terperinci mengenai cadangan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka termasuk Sarawak dan Johor diadakan serentak dengan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, kajian lebih terarah apakah kelebihan jika berlakunya pilihan raya berkenaan diadakan serentak.

“Jadi saya tidak membuat apa-apa kajian tentang cadangan tersebut kerana kita mempunyai penilaian tersendiri,” ujarnya kepada pemberita selepas merasmikan Projek Menaiktaraf Persimpangan Tiga dari Jalan Alor Gajah Lama ke Pantai Belimbing, di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai laporan Utusan Malaysia kelmarin mengenai cadangan DAP agar PRU16 diadakan serentak dengan PRN Melaka, Sarawak dan Johor.

Setiausaha Agungnya, Anthony Loke Siew Fook berkata, langkah itu menjimatkan kos dan memudahkan gerak kerja pilihan raya, khususnya bagi Sarawak yang memerlukan perbelanjaan tinggi.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dijangka terbubar secara automatik pada Disember tahun depan diikuti Sarawak dan Johor pada 2027.

Keadaan itu sekali gus mewujudkan ruang teknikal untuk penyelarasan pembubaran dengan Parlimen jika ia ditetapkan lebih awal. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN