Masih tunggu keputusan ketumbuhan itu tumor atau kanser- Sahronizam Noor - Utusan Malaysia

Masih tunggu keputusan ketumbuhan itu tumor atau kanser- Sahronizam Noor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon terkenal, Sahronizam Noor masih menantikan pengesahan daripada pihak doktor sama ada ketumbuhan yang dibuang dari bahagian belakang tubuhnya pada 29 Oktober lalu tergolong dalam kategori kanser atau sebaliknya.

Menurut Sahronizam, beliau kini sedang menjalani proses pemulihan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sementara menunggu keputusan penuh yang dijangka diperoleh kira-kira dua minggu selepas pembedahan tersebut.

“Alhamdulillah, tumor itu sudah berjaya dibuang. Doktor terpaksa memotong separuh daripada tulang scapula saya untuk mengeluarkan keseluruhan ketumbuhan berkenaan.

Buat masa ini, saya masih menunggu keputusan sama ada ia hanya tumor biasa atau sejenis kanser,” katanya.

Tambah pelakon filem Pontianak Harum Sundal Malam 2 itu, sekiranya keputusan menunjukkan ketumbuhan tersebut bersifat kanser, beliau mungkin perlu menjalani rawatan susulan seperti radioterapi.

“Sekarang saya dalam proses penyembuhan. Belum pulih sepenuhnya kerana pembedahan membabitkan tulang yang dibuang, jadi memang terasa sakit,” ujarnya.

Menceritakan keadaan semasa, Sahronizam berkata, kesan pembedahan menyebabkan tangan kirinya tidak lagi mampu mengangkat barang berat dan perlu bergantung kepada tiub khas bagi menyedut darah kotor dari bahagian luka.

“Selepas ini saya perlu mula lakukan senaman ringan untuk menguatkan semula tangan kiri. Dulu boleh angkat tinggi, sekarang tinggal kira-kira 40 peratus kekuatan saja kerana tulang sudah dipotong.

Saya juga tidak boleh baring lurus, hanya tidur mengiring kerana masih ada dua tiub dipasang di bahagian bahu dan rusuk kiri serta kanan,” katanya.

Sebelum ini, isteri kepada pelakon berkenaan, Safura, pernah berkongsi mengenai keadaan suaminya yang disahkan mempunyai tumor di belakang bahagian kanan badan sejak beberapa bulan lalu.

Difahamkan, Sahronizam kini masih berada di hospital dan hanya akan dibenarkan pulang bergantung kepada keadaan luka serta nasihat doktor yang merawatnya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN