Marang, Besut dilanda banjir

Marang, Besut dilanda banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Hujan lebat berterusan sejak malam tadi mengakibatkan daerah Besut, dekat sini kembali dilanda banjir yang mengakibatkan 90 mangsa daripada 29 keluarga ditempatkan ke lima pusat pemindahan sementara (PPS).

Setakat pukul 6 pagi ini, lima PPS yang dibuka di daerah itu ialah PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Payung, PPK Madani Belaoh, Dewan Terbuka Kampung Belaoh, Masjid Kampung Bukit Payung dan SK Felda Tenang.

Marang turut terjejas apabila 41 mangsa daripada sembilan keluarga dipindahkan ke PPS SK Bukit Gasing, SK Pengkalan Berangan, Dewan Sivik Pekan Wakaf Tapai, SK Bukit Payung dan SK Simpang Rawai.

Jumlah mangsa dijangka terus bertambah berdasarkan situasi cuaca semasa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN