Pelepah kelapa, jaring plastik sebagai penghadang angin

Pelepah kelapa, jaring plastik sebagai penghadang angin

SHAMSIAH Mat menunjukkan penghadang angin yang diperbuat daripada pelepah kelapa di Pantai Kubang Golok, Bachok, Kelantan. – UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK: Penduduk pesisir Pantai Kubang Golok di sini, menjadikan pelepah daun kelapa sebagai penghadang angin sepanjang Monsun Timur Laut (MTL) yang melanda negeri ini sejak Sabtu lalu.

Seorang penduduk, Shamsiah Mat, 39, berkata, tindakan menaikkan penghadang se­tinggi 1.5 meter itu bertujuan mengurangkan kerosakan rumah akibat angin kencang.

Katanya, walaupun sudah biasa dengan perkara tersebut, penduduk tetap waspada dengan tiupan angin kencang yang dibimbangi boleh membawa mudarat.

“Penghadang angin ini dibi­na oleh abang saya (Mohd. Zaki Mat) yang mengambil masa se­lama seminggu untuk disiap­kan kerana perlu mengumpulkan daun kelapa dengan banyak.

“Sekiranya usaha ini tidak dilakukan ia boleh menyebabkan rumah menjadi lebih teruk,” katanya ketika ditemui semalam.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, selain daun kelapa ada penduduk menggunakan jaring plastik sebagai penghadang angin.

Sementara itu, pesara guru, Siti Zabedah Ismail, 59, berkata, dia menjadikan jaring plastik sebagai pilihan kerana ia lebih praktikal dan tahan lama.

Katanya, sebaik sahaja mu­sim MTL berakhir, jaring tersebut disimpan sebelum kembali digunakan.

“Sekiranya penghadang tidak dipasang, angin yang membawa bersama wap masin menyebabkan lantai rumah melekit, tingkap serta pintu berkarat terma­suk kereta,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN