Mangsa banjir di Perak meningkat 6,429 - Utusan Malaysia

Mangsa banjir di Perak meningkat 6,429

KEADAAN banjir di Batu 7, Jalan Changkat Jong ke Teluk Intan dan Bidor yang menyebabkan laluan tersebut ditutup kepada pengguna. - UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Jumlah mangsa banjir di negeri ini meningkat kepada 6,429 orang setakat pukul 8 malam ini berbanding 5,501 mangsa petang tadi.

Mereka terdiri daripada 1,980 keluarga yang ditempatkan di 47 pusat pemindahan sementara (PPS) di enam daerah di negeri ini.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak berkata, Manjung masih mencatat paling ramai mangsa iaitu 2,260 orang yang ditempatkan di 18 buah PPS.

Menurutnya, jumlah mangsa di Hilir Perak mencatat peningkatan daripada 1,391 petang tadi kepada 1,838 orang malam ini yang ditempatkan di 12 buah PPS.

“Bagan Datuk juga mencatat peningkatan kepada 793 orang malam ini yang ditempatkan di empat buah PPS berbanding 272 mangsa petang tadi.

“Perak Tengah mencatat 1,396 orang di sembilan buah PPS. Larut, Matang dan Selama mencatat 112 mangsa di dua PPS manakala di Muallim terdapat 30 mangsa di dua PPS,” katanya. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN