Mangsa banjir di Perak meningkat 1,640 - Utusan Malaysia

Mangsa banjir di Perak meningkat 1,640

KEADAAN banjir di Jalan Changkat Jong di Teluk Intan hari ini. - UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Jumlah mangsa banjir yang melanda empat daerah di negeri ini meningkat kepada 1,640 petang ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak berkata, semua mangsa yang terdiri daripada 516 keluarga ditempatkan di 20 pusat pemindahan sementara (PPS).

Menurutnya, Daerah Manjung mencatat jumlah mangsa paling tinggi iaitu 925 orang dari 281 keluarga di 12 PPS.

Katanya, Daerah Perak Tengah mencatat 603 mangsa dari 204 keluarga yang kini ditempatkan di enam PPS.

“Dua lagi daerah dilanda banjir ialah Hilir Perak melibatkan 74 mangsa dari 20 keluarga di sebuah PPS.

“Daerah Larut Matang dan Selama mencatat 38 mangsa dari 11 keluarga yang kini ditempatkan di sebuah PPS,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN