PETALING JAYA: Malaysia bersedia memuktamad dan menandatangani beberapa dokumen penting merangkumi kerjasama ekonomi, industri, halal, pertanian, tenaga hijau, teknologi, penyelidikan serta pendidikan sebagai usaha memperkukuh hubungan dua hala dengan Afrika Selatan. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu dimaklumkan ketika melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Republik Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa Sidang Kemuncak Pemimpin G20 di Johannesburg. Beliau turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Afrika Selatan sebagai negara benua…









