ARAU: Seorang anak Orang Asli suku kaum Semai membuktikan kemampuan generasi komuniti itu untuk berjaya dalam pendidikan apabila menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Perniagaan (Kepujian) dalam bidang Perniagaan Antarabangsa di Universiti Malaysia Perlis (Unimap). Rimardi David, 23, dari Kampung Orang Asli Batu Berangkai, Kampar, Perak, merupakan antara graduan diraikan pada sidang keempat Istiadat Konvokesyen Ke-20 Unimap di Dewan Tuanku Canselor, Pauh Putra, semalam. Rimardi berkata, beliau berazam menamatkan pengajian di…










