Lubang benam: Jalan Kenari ditutup sehingga 18 November

Lubang benam: Jalan Kenari ditutup sehingga 18 November

KERJA-KERJA pengorekan dan perlindungan tanah atau 'soil protection' sedang giat dijalankan susulan insiden lubang benam yang berlaku di Jalan Kenari, Sungai Ara, Pulau Pinang pada 4 November lalu.-GAMBAR/FACEBOOK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Pembukaan semula Jalan Kenari di Sungai Ara susulan insiden lubang benam yang sepatutnya dibuat hari ini bagaimanapun terpaksa ditangguh dan dilanjutkan sehingga 18 November atau Selasa depan.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital Pulau Pinang, Zairil Khir Johari berkata, penangguhan itu dibuat kerana kerja baik pulih lubang berkenaan oleh Indah Water Konsortium (IWK) masih belum selesai.

Katanya, ketika ini, kerja-kerja pengorekan dan perlindungan tanah atau ‘soil protection’ sedang giat dijalankan dengan kedalaman pengorekan telah mencapai enam daripada keseluruhan lapan meter yang dirancang.

“Sebagai langkah keselamatan, IWK telah menutup operasi saluran paip kumbahan di kawasan tersebut dan melencongkan aliran ke paip berhampiran bagi memastikan kelancaran sistem kumbahan serta keselamatan kerja di tapak,” katanya di sini, hari ini.

Tambah Zairil, faktor cuaca yang tidak menentu juga telah menyebabkan kerja-kerja baik pulih agak perlahan dan permohonan telah dibuat kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Barat Daya untuk melanjutkan tempoh penutupan jalan berkenaan.

Insiden yang berlaku pada 4 November lalu itu menyebabkan satu lubang besar berukuran lima meter panjang, 3.5 meter lebar serta 1.9 meter dalam terbentuk. Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan atau kemalangan dilaporkan berlaku susulan insiden terbabit.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN