Lelaki maut tergelincir di Air Terjun Lata Kinjang - Utusan Malaysia

Lelaki maut tergelincir di Air Terjun Lata Kinjang

ANGGOTA bomba membawa turun mangsa yang tergelincir di kawasan air terjun di Taman Eko-Rimba Lata Kinjang, Chenderiang, Tapah semalam. - UTUSAN/IHSAN JBPM PERAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH: Seorang lelaki berumur 33 tahun meninggal dunia dipercayai tergelincir di kawasan puncak air terjun Taman Eko-Rimba Lata Kinjang, Chenderiang di sini semalam.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd. Hanafiah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 5.10 petang.

Menurutnya, maklumat awal oleh rakan mangsa memaklumkan mangsa tergelincir ke dalam kawasan kolam air terjun tersebut dan tidak sedarkan diri.

“Rakan mangsa cuba memberi bantuan pernafasan namun tiada respon sebelum menghubungi talian kecemasan,” katanya.

Katanya, setibanya di lokasi, anggota bomba dan agensi bantuan yang lain membawa peralatan dan bergerak ke lokasi mangsa terjatuh.

“Ketua operasi telah melakukan size-up dan terpaksa mendaki trek mendaki untuk ke lokasi mangsa yang dianggarkan sejauh satu kilometer. Mangsa kemudiannya dibawa turun dengan menggunakan pengusung sebelum diperiksa petugas perubatan.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan dan mayat telah diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Air terjun Lata Kinjang merupakan yang paling tinggi di Asia Tenggara dengan ketinggian mencecah 850 meter dari paras laut.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN