RM7.96 bilion disalur kepada usahawan, koperasi

RM7.96 bilion disalur kepada usahawan, koperasi

EWON Benedick (duduk, tengah) bersama pegawai dan warga  Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi ( Kuskop) Pahang di Hotel Seri Malaysia Temerloh, Pahang. - UTUSAN/SALEHUDIN MAT RASAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH: Tiada lagi ruang untuk kerenah birokrasi dalam penyampaian bantuan kepada usahawan dan koperasi, sebaliknya semua pegawai kementerian serta agensi negeri perlu menjadi pemudah cara dan bukannya penghalang kepada rakyat.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata, peraturan yang lapuk dan tindakan yang melambatkan proses kelulusan perlu diteliti semula agar perkhidmatan kepada komuniti usahawan dan koperasi dapat disampaikan dengan cepat, tepat dan berkesan.

“Kita harus facilitate, not frustrate our clients. Permudah proses bantuan supaya rakyat berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan,” katanya pada Majlis Perhimpunan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi bersama Warga Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi (Kuskop) dan Agensi Negeri Pahang 2025 di Hotel Seri Malaysia di sini, hari ini.

Beliau berkata, penyampaian pantas dan berintegriti adalah kunci memastikan rakyat benar-benar menikmati hasil dasar kerajaan terutama dalam membangunkan sektor perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) serta gerakan koperasi.

Sementara itu, Ewon berkata, sehingga 30 September lalu, sebanyak RM7.96 bilion pembiayaan disalurkan kepada 282,489 usahawan dan koperasi di seluruh negara menerusi pelbagai agensi di bawah KUSKOP.

“Selain pembiayaan, 121,599 usahawan dan koperasi menerima bimbingan dan latihan bagi memperkukuh daya saing serta keupayaan mereka menghadapi cabaran ekonomi semasa,” katanya.

Menurut beliau, jumlah itu membuktikan KUSKOP kekal komited memperkasa ekosistem keusahawanan negara agar terus berdaya cipta dan berdaya saing di pasaran tempatan serta global. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN