Pembangunan MVV lebih pantas selepas disusun semula

Pembangunan MVV lebih pantas selepas disusun semula

AMINUDDIN Harun (kiri) bertemu penduduk ketika berkempen di pekan Linggi, Port Dickson pagi ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Penyusunan semula koridor Malaysia Vision Valley (MVV) oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) di Negeri Sembilan adalah bertujuan memastikan pembangunan kawasan itu adalah seimbang di antara industri dan tempat tinggal.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, langkah yang diambil beliau sebelum ini juga adalah memastikan ia bertepatan dengan dasar yang ingin diambil kerajaan negeri iaitu ‘bekerja, tinggal dan beriadah di Negeri Sembilan’.

“Tok Mat (Mohamad Hasan) sebelum ini mahu meletakkan lebih banyak kawasan perumahan berbanding dengan kawasan industri.

‘Kami kita telah ubah dan Alhamdulillah hari ini kita dapat lihat pembangunan itu lebih pantas dan yang penting sekali kita mahu rakyat tinggal di Negeri Sembilan bekerja di Negeri Sembilan dan beriadah di Negeri Sembilan ini matlamat kami.

“Kalau dulu mereka meletakkan matlamat bekerja di luar, balik dan tinggal Negeri Sembilan. Itu perbezaan yang nyata antara kami.

“Kami tidak ada halangan, itu terpulang kepada mereka jika mereka memerintah, tetapi hormati apa yang telah terlaku dan dirancang. Tetapi bagi saya matlamatnya perlu jelas bahawa pelaburan harus ditingkatkan,” katanya.

Beliau yang merupakan calon PH di Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi ditemui pemberita selepas berkempen dan menyantuni orang ramai termasuk peniaga di pekan Linggi di sini hari ini.

Hadir sama, Pengarah Pilihan Raya PH, Datuk Seri Amirudin Shari.

Semalam, selepas melancarkan Manifesto Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Nigeri Sembilan, Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, parti itu akan menyelaras semula pelaksanaan pembangunan MVV.

Katanya, pembangunan MVV perlu mengikut pelan induk yang diuruskan oleh sebuah pemaju utama dan mengikut pelan induk ditetapkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN