Suspek kes bunuh ibu, anak didakwa minggu depan - Polis

Suspek kes bunuh ibu, anak didakwa minggu depan – Polis

KETUA Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Lelaki warga asing disyaki terlibat dalam kes bunuh seorang wanita dan anak perempuannya di Kampung Sekolah, Juru pada 18 Oktober lalu, akan dituduh di mahkamah minggu depan.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail berkata, pihaknya telah melengkapkan kertas siasatan dan sudah dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk mendapatkan arahan pendakwaan.

“Siasatan sudah selesai dan (polis) sedang menunggu arahan selanjutnya. Suspek terlibat akan didakwa minggu depan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Semalam, media melaporkan suspek utama warga asing berusia 51 tahun itu disambung reman selama tujuh hari lagi bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Turut disambung reman ialah abangnya berusia 40 tahun serta rakan mereka berusia 28 tahun.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 malam 18 Oktober lalu, mangsa, Sariya Che Hin, 51, dan anak angkatnya, Nur Afrina Alisha Abdul Rahim, 11, dijumpai dibunuh dengan kejam di rumah sewa mereka di kampung tersebut.

Susulan kejadian berkenaan, suspek utama dipercayai kenalan mangsa, ditahan di pejabat imigresen ketika cuba melarikan diri ke luar negara, manakala dua lagi suspek diberkas di Bukit Tengah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN