PETALING JAYA: Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) diminta bekerjasama dengan Jabatan Pelajaran Negeri bagi memastikan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang terjejas akibat banjir dapat hadir ke pusat peperiksaan. Ketua Pengarah Nadma, Meor Ismail Meor Akim berkata, perkara itu diminta oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar ketika meninjau pengendalian operasi Monsun Timur Laut (MTL) di Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC), hari ini. “Ketua Setiausaha Negara…










