KPM perkenal subjek Alam dan Manusia ganti mata pelajaran sedia ada

KPM perkenal subjek Alam dan Manusia ganti mata pelajaran sedia ada

Kementerian Pendidikan Malaysia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) memperkenalkan subjek baharu iaitu Alam dan Manusia bagi menggantikan beberapa mata pelajaran sedia ada untuk murid Tahap 1 dalam Kurikulum Persekolahan 2027. 

KPM memaklumkan, mata pelajaran bersepadu itu dilaksanakan menerusi kaedah pengajaran berpasukan di mana guru-guru saling melengkapi dan menyokong keperluan pembelajaran murid. 

Katanya, pengenalan mata pelajaran bersepadu ini bertujuan memberi tumpuan kepada penguasaan literasi, numerasi (3M) dan pembentukan karakter sekali gus membolehkan murid menguasai kemahiran asas dengan lebih berkesan.

“Mata pelajaran ini menggabung jalin pelbagai disiplin ilmu iaitu sains, pendidikan kesihatan, muzik, seni visual, Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) serta digital.

“la menggantikan mata pelajaran Sains, Pendidikan Kesihatan, Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Muzik dalam kurikulum sedia ada,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN