PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) sedang meneliti pelaksanaan perjanjian dua hala dengan beberapa negara utama destinasi petugas kesihatan Malaysia seperti Arab Saudi, Singapura dan Australia sebagai strategi jangka panjang bagi membendung penghijrahan tenaga kerja mahir sektor kesihatan. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, langkah itu sejajar dengan usaha kerajaan mengawal selia pergerakan keluar masuk petugas kesihatan secara lebih sistematik dan beretika selaras dengan kod etika Pertubuhan Kesihatan Sedunia…










