Ketua Pemuda PBS Sook sertai PBRS

Ketua Pemuda PBS Sook sertai PBRS

RUSDHY Raphael (empat dari kiri) bersama Arthur Joseph Kurup (empat dari kanan)  mengumumkan kemasukan sebagai ahli PBRS selepas keluar dari PBS hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KENINGAU: Ketua Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) N.45 Sook, Rushdy Raphael telah meletak jawatan bagi menyertai Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) hari ini.

Beliau bersama seluruh kepimpinan Pemuda PBS N.45 Sook menyerahkan borang keahlian kepada Presiden PBRS, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup.

Mengulas perkara tersebut, Arthur yang juga ahli Parlimen Pensiangan berkata, tindakan seorang Ketua Pemuda PBS sendiri meninggalkan parti adalah isyarat jelas bahawa PBS dan parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) semakin hilang kepercayaan di peringkat akar umbi. 

“Anak muda tidak lagi yakin dengan hala tuju, pendekatan dan kepimpinan parti tersebut  (PBS dan GRS) yang dilihat semakin hilang taring dalam memperjuangkan hak dan kebajikan rakyat,” katanya di sini semalam.

Dalam pada itu, Arthur menegaskan langkah Rusdhy menyertai PBRS-BN bukan kerana dipujuk, tetapi kerana melihat sendiri hasil kerja barisan pemimpin PBRS-BN.

“PBRS sentiasa menekankan kualiti kerja, integriti dan pembangunan luar bandar yang terbukti dan boleh dilihat penduduk. Sementara parti-parti lain sibuk dengan perebutan kuasa dalaman,”ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN