MELAKA: Ketua jabatan di semua agensi kerajaan diingatkan memantau kedudukan kewangan kakitangan masing-masing bagi mengelak mereka terjebak dalam sindiket rasuah dan pengubahan wang haram yang semakin membimbangkan. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata, pemantauan itu penting bagi memastikan penjawat awam tidak dibebani hutang keterlaluan sehingga menjejaskan tumpuan terhadap tugas serta prestasi kerja. “Kita tidak mahu penjawat awam menanggung hutang besar hingga hilang fokus…










