PETALING JAYA: Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berada pada tahap kesiapsiagaan optimum khususnya di Kelantan bagi menghadapi sebarang kemungkinan peningkatan paras air dan banjir akibat Monsun Timur Laut (MTL). Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ketika ini, lebih 1,205 anggota APM Kelantan telah diaktifkan termasuk pasukan tambahan dari negeri-negeri berhampiran yang bersedia digerakkan pada bila-bila masa sahaja. Katanya, berdasarkan laporan terkini bencana dikeluarkan Pusat Kawalan…










