PETALING JAYA: Sebuah stesen minyak di Bukit Tinggi, Klang, dekat sini dikejutkan dengan kejadian tembakan yang dipercayai berlaku kira-kira pukul 11 malam tadi
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, berkata maklumat orang awam berhubung kejadian diterima Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan kira-kira pukul 11.13 malam.
“Hasil siasatan mendapati mangsa merupakan lelaki tempatan berusia dalam lingkungan 34 tahun dan tidak bekerja.
“Suspek telah bertindak melepaskan beberapa das tembakan pada bahagian hadapan kereta dan telah terkena pada bahagian hadapan badan pengadu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan motif kejadian masih dalam peringkat siasatan.
Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat kanan jenayah di talian 013-2104006 atau bilik gerakan IPD Klang Selatan di talian 03-33762222.
Terdahulu, video kejadian berkenaan turut tular di media sosial dengan kelihatan mangsa terbaring berlumuran darah.-UTUSAN










