KUALA LUMPUR: IJN University College (IJNUC) dan IREHAB Integrated Rehabilitation (M) Sdn. Bhd. memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi memperkukuh program latihan industri serta meningkatkan peluang pekerjaan untuk pelajar dalam bidang pemulihan jantung dan rehabilitasi. MoU itu bertujuan menyokong pembangunan profesional dan kemahiran pelajar merentasi pelbagai disiplin termasuk penjagaan kesihatan, rehabilitasi, penjagaan pesakit serta sokongan teknikal dan pentadbiran. Di bawah kerjasama berkenaan, IREHAB akan menawarkan peluang latihan industri kepada pelajar program…










